Header Ads

Sayu.!!! Ajal Bersendirian .. Bapa Pemain Bola Sime Darby Ditemui Meninggal Di Ladang Sawit (8Gambar).


Gua Musang : Disaat Zulfahmi Awang pemain bolasepak Sime Darby FC bersedia untuk mengharungai Final kedua Piala FAM semalam dia menerima berita bapa nya ditemui meninggal diladang sawit milik bapa nya di Felda Chiku 5 petang semalam.

Zulfahmi yang merupakan penjaring tunggal gol kemenangan semasa Final yang pertama menetang UKM FC 15 oktober lalu di tagih pasukan untuk berjuang bagi menjuarai perlawanan kedua yang akan berlangsung malam tadi pada hari bapa nya meninggal dunia.

Tugas yang amat berat ini digalas dengan kesedihan dan linangan air mata namun perjuangan terpaksa diteruskan malam tadi dan akhir nya Sime Darby Muncul Juara tewaskan UKM FC dengan 3-2.

Sinar melaporkan bapa pemain Sime Darby FC, Zulfahmi Awang meninggal dunia akibat serangan jantung di ladangnya di Felda Chiku 5, di sini.

Awang Yaakob, 66, yang juga peneroka Chiku 5, di sini ditemui anak saudaranya, Nor Mohd Irfan Omar, 27, kira-kira jam 3.30 petang tadi dalam keadaan terbaring.


Nor Mohd Irfan berkata, Allahyarham ke ladang berkenaan pada jam 9 pagi tadi bersamanya untuk membaja anak pokok sawit.

“Pada jam 3 petang, ibu saudara saya suruh saya ke ladang untuk melihatnya. Apabila tiba di ladang, saya lihat arwah terbaring di tepi parit dalam keadaan badannya sudah mengeras.

“Saya hubungi keluarga dan minta bantuan untuk membawanya ke Klinik Kesihatan Chiku 3. Doktor mengesahkan arwah sudah tiada akibat serangan jantung,” katanya.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

“Situasi menyedihkan juga kerana Zulfahmi dijadualkan beraksi malam ini menentang UKM FC bagi Peringkat Akhir Kedua Piala FAM 2017.

“Jenazah arwah akan dikebumikan pagi esok, di Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 5,” katanya.

“Saya yang hantar arwah ke ladang kerana saya juga bekerja di sana. Pada jam 1 tengah hari, saya ke ladang dan lihat dia masih meneruskan kerja-kerja membaja.

Semoga Zulfahmi dan keluarga tabah hilang lah insan yang bergelar ayah dan orang yang banyak memberi semangat kepada nya untuk berjaya dalam bola sepak.

Zulfahmi yang baru melangsungkan perkahwinan pertengahan tahun ini itu lah detik terakhir dapat meluangkan masa lama sikit dengan arwah ayah nya serta keluarga, semoga roh ayah nya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.