Header Ads

Foto-foto perjalanan terakhir Shahrull Nizam sebelum disemadikan dibumi Australia (8Gambar)

Kuala Lumpur : Jenazah seorang warga Malaysia, Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, yang meningal akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia, selamat dikebumikan di Fawkner Crematorium and Memorial Park, Melbourne, Australia, di sini, semalam.
Rakan mangsa yang turut berada di Australia, Nurfalany Mustapha, 33, ketika dihubungi berkata, jenazah selamat dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari waktu Australia atau 10.30 pagi, waktu Malaysia.
“Alhamdulillah, majlis pengebumian arwah berjalan lancar atas bantuan ramai pihak termasuk pihak pengurusan tanah perkuburan yang memudahkan urusan itu.
“Lebih 40 orang termasuk bapa saudara, rakan sekerja dan beberapa rakyat Malaysia di sini (Australia) menghadiri majlis pengebumian berkenaan,” katanya, semalam.






Terdahulu, arwah yang bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria, meninggal dunia selepas mengalami masalah sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu.
Mangsa kemudian dikatakan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas virus berkenaan menyebabkan hampir keseluruhan otaknya mati, Khamis lalu.
Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat membawa pulang jenazah ke Malaysia selain turut memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumian arwah di sana.
Menurut Nurfalany, walaupun masih belum dapat mengumpulkan wang secukupnya untuk kos pengebumian, pihak pengurusan tanah perkuburan membenarkan jenazah dikebumikan terlebih dulu.
“Setakat ini, memang terdapat bantuan kewangan hasil sumbangan orang ramai, namun akaun bank itu dibekukan selepas menerima banyak transaksi dalam tempoh singkat.
“Bapa saudara mangsa yang berada di sini, akan berurusan dengan pejabat Kedutaan Malaysia di Australia esok (hari ini), termasuk memudahkan urusan pengeluaran wang dan sijil kematian berikutan hari ini (semalam) adalah cuti umum,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Che Sharina Shahid, 48, bersyukur urusan pengebumian anak sulungnya dipermudahkan.
“Sebelum sakit, arwah sempat berpesan dengan saya dan adiknya untuk tidak membawa pulang jenazahnya ke Malaysia,” katanya. Al fatihah 

1 ulasan:

  1. Nama saya ialah Puan Maria Pedro, pengurus cawangan JAMINAN PENYELESAIAN. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda, adakah anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda, sama ada anda memerlukan pinjaman penyatuan, gadai janji atau tujuan lain? Adakah anda ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Ketahui lebih lanjut bukan kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda berlaku pada masa lalu !!! Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti dan individu dengan harga yang rendah dan berpatutan untuk tempoh tetap 1-30 tahun dan enam bulan sebelum permulaan ansuran bulanan. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (mariapedroguaranteetrustloan@gmail.com)

    APLIKASI DATA

    1) nama:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Jantina:
    5) Status perkahwinan:
    6) Kerja:
    7) Nombor Telefon:
    8) kedudukan di tempat kerja:
    9) pendapatan bulanan:
    10) Bilangan pinjaman:
    11) Tempoh pinjaman:
    (12) Tujuan pinjaman:
    13) Tarikh Lahir:
    terima kasih

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.